INFORMASI ANDA 2

PENGENALAN 

Manusia sejak zaman dahulu lagi telah menyedari bahawan tumbuhan-tumbuhan amat berguna kepada mereka untuk dijadikan penyembuh penyakit selain daripada untuk dijadikan sumber makanan harian. Hubungan di antara manusia dengan sumber ubatan tradisional sama ada dari punca laut seperti alga serta sumber terestrial amat rapat sepanjang peradaban manusia.
 
Hasil daripada penggunaan ubatan secara tradisional oleh masyarakat dahulu kala , para saintis telah mengkaji tumbuhan-tumbuhan tertentu . Beberapa penemuan menarik  telah dikesan oleh saintis termasuklah kuinina yang dikenali ramai dari pokok Chinchona sp. yang digunakan sebagai ubat antimalaria; reserpina dari Rauwolfia serpentana yang berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi ; berbagai-bagai sebatian alkaloid dari Datura sp (pokok kecubung) yang digunakan dalam rawatan berbagai-bagai gejala ; penisilin dari bakteria Penicillium sp; asid kinik dari alga merah  Digenia simplex yang diguna sebagai ubat penghapus cacing dan banyak penemuan lain yang boleh digunakan dalam rawatan luka yang kecil ke barah dan leukimia.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan yang mempunyai nilai ubatan. Dari 7000 spesis angiosperma, sekitar 1082 spesis  (lebih kurang 15 % ) dilaporkan bernilai ubatan dan dari 600 spesis paku pakis sekitar 76 spesis  (13 %) dilaporkan bernilai ubatan . Adalah tidak menghairankan sekiranya kita teliti fakta bahawa lebih 70 % penduduk dunia terutamanya dunia ketiga masih bergantung secara keseluruhan atau sebahagian kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan mereka . Tumbuhan berubat ini oleh mereka temui sekitar kawasan kediaman mereka atau hutan-hutan yang berhampiran.
PENGUBATAN TRADISIONAL 
Sejak dari dahulu lagi masyarakat di dunia khasnya di Malaysia sebelum adanya doktor perubatan yang biasanya merawat penyakit ialah bomoh atau dukun . Bomoh boleh di anggap sebagai seseorang yang diiktiraf oleh sesuatu komuniti di mana ia tinggal dan ia berperanan dalam memberikan bantuan perubatan dengan menggunakan tumbuhan , haiwan , mineral  dan lain-lain . Dalam masyarakat kita bomoh , dukun  dan pawang  amat terkenal dan dikunjungi oleh masyarakat sekitar untuk memperolehi ubatan Bomoh atau dukun ini menggunakan berbagai cara untuk menyembuhkan penyakit. Ramuan utama yang digunakan oleh mereka ialah tumbuhan ubatan .. Kaedah yang diamalkann dalam rawatan adalah beasaskan latar belakang sosial , kebudyaan , keagamaan, tingkahlaku dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.
Tumbuhan berubat pula merupakan sebarang tumbuhan di mana satu atau lebih daripada bahagian tumbuhan tersebut mengandungi sebatian aktif yang boleh digunakan bagi tujuan terapeutik atau merupakan bahan pemula bagi sintesis dadah yang berguna . Tumbuhan berubat telah digunakan secara meluas di kalangan masyarakat tempatan terutamanya penduduk kawasan pendalaman . Antara  penyakit dan gejala yang sering di rawat dengan menggunakan tumbuhan termasuklah batuk, demam, cirit-birit , pening , malaria, darah tinggi, kencing manis, patah tulang, gastrik, kudis , kurap dan sebagainya.
SEJARAH PENGGUNAAN TUMBUHAN DALAM UBATAN TRADISIONAL
Sejarah Islam telah membuktikan hasil daripada pengkajian dari al-Quran ramai ahli sains telah menemui banyak kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan. Contohnya Al-Riyasi Ibnu Jarit, seorang mesir dan tabib kepada Salahuddin al-Ayubi telah menulis buku mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Baitar dari Malaga pula telah menulis dua buku yang terkemuka berkaitan dengan tumbuhan ubatan bertajuk al-Mughinifi al-adawiyah al-Mufradah (Herba-herba Perubatan) dan al-Jami'fi al-Adwiyah al Mufradah (Pengutipan Herba-herba Perubatan dan Sifat-sifatnya).

Menurut sejarah perubatan, rekod terawal penggunaan perubatan herba adalah minyak dari tumbuhan Hydnocarpus gaertn yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kusta . Kegunaan minyak dari tumbuhan tersebut telah direkodkan semasa Emperor Shen Nung di China dalam tahun 2730 dan 3000 S.M. Biji pokok popi  (Papaver somniferum) dan biji pokok jarak (Ricinus communis) telah digunakan dalam zaman Mesir purba.
Kajian dan laporan sistematik terhadap penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan telah pertama sekali dilakukan oleh Hippocrates yang dikenali sebagai bapa perubatan sekitar tahun 400 S.M.  Materia medica beliau telah menyenaraikan resipi untuk merawat sebanyak 400 jenis penyakit dengan menggunakan tumbuhan . Theophrastus (sekitar 300 S.M.) telah mengumpulkan maklumat sistematik bagi berbagai-bagai jenis tumbuhan manakala Dioscorides (T.M. 160) dan Galen ( T.M. 200) telah menerbitkan banyak makalah mengenai penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan tumbuhan sebagai punca ubatan terus berkembang maju di serata dunia dan sehingga sekarang manusia masih bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan.
Penggunaan ubatan tradisional di Asia terutamanya India, China, Korea, Filipina , Indonesia dan Thailand amat pesat. Sebagai contoh ekstrak ginseng dari Korea dan Jamu dari Indonesia telah dipasarkan dan digunakan secara meluas.  Kajian-kajian mengenai tumbuhan berubat di Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara Asia yang lai. Rekod terawal penggunaan tumbuhan berubat di Malaysia telah di tulis oleh Munshi Ismail di Pulau Pinang pada tahun 1886 dan beberapa laporan lain yang berkaitan telah diterbitkan. Kegunaan beberapa tumbuhan tempatan dalam rawatan berbagai-bagai penyakit telah disenaraikan dalam penerbitan tersebut.
KAEDAH PENGGUNAAN 
Kaedah penggunaan ubatan tradisional secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ada ubat untuk kegunaan luaran ataupun dalaman . Dalam kaedah luaran biasanya tumbuhan ditumbuk bersama minyak dan ditampalkan atau dituam. Kaedah menuam ini merupakan satu kaedah farmaseutikal tertua dan biasanya memerlukan pemanasan . Bahagian tumbuhan yang telah lumat atau dalam bentuk serbuk dicampurkan dengan sedikit bahan pelekat dan dilembabkan dengan wap air , diletak pada kain dan digunakan pada kulit semasa masih panas. Bila tuaman telah sejuk, ia diganti dengan yang baru. Kaedah ini sesuai untuk tulang yang patah, kurap, pening, sakit perus, kudis dan lain-lain.
Bagi rawatan dalaman seperti demam, gastrik , cirit birit, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain biasanya air rebusan diminum.  Bahagian tumbuhan tertentu dididihkan pada selang masa tertentu ataupun persediaan seperti teh iaitu serbuk tumbuhan dicampur dengan air mendidih dan diminum. Biasanya larutan sekitar 5 % disediakan untuk diminum.
Di samping mengambil tumbuhan yang telah direbus sebagai ubat , memakan tumbuh-tumbuhan tertentu sebagai ulam juga dapat berfungsi dalam mengatasi berbagai-bagai gejala. Sebagai contohnya pegaga (Cantella asiatica) dan pucuk gajus (Anacardium occidentale) diguna untuk membersihkan darah dan menyembuhkan sakit kulit; ceur (kaemferea galanga) untuk membuang angin dan sakit perut ; daun sup atau saderi (Apium graveolens) untuk menurunkan tekanan darah , manakala petai  (Parkia speciosa) dan jering (Pithecallobium jiring) pula boleh digunakan dalam rawatan kencing manis. Di samping itu , ulam-ulam yang dimakan boleh membekalkan badan dengan garam galian dan vitamin.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERUBATAN TRADISIONAL
Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan rawatan kaedah tradisional. Pengalaman perubatan tradisional dipelopori oleh orang-orang yang disegani dikalangan masyarakat berkenaan dan perhatian yang diberikan adalah lebih meluas . Bagi negara-negara membangun kos mengimpot dadah sintetik adalah tinggi berbanding dengan perubatan tradisional yang mempunyai fungsi yang sama dan jauh lebih murah.
Di kawasan yang mempunyai perkhidmatan  doktor masih ramai penduduknya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional . Ini disebabkan pesakit merasa bosan menunggu giliran menemui doktor , peraturan-peraturan hospital dan juga masalah komunikasi di antara pesakit dan doktor. Bagi negara-negara membangun sebab utama yang membawa kepada penggunaan ubatan tradisional adalah akibat kekurangan pusat rawatan dan tenaga terlatih.

Ubatan tradisional adalah terhasil daripada hasilan semula jadi dan ianya akan lebih mudah untuk diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik. Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair bila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksikan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang amat toksik.
Disamping beberapa kebaikan tersebut kita juga perlu ingat bahawa perubatan tradisional adalah berpotensi untuk dadah baru, satu punca yang murah bagi bahan pemula dadah sintetik atau punca murah bagi dadah tertentu seperti viblastin dari Catharanthus roseus ataupun reserpina dari Rauwolfia sp.
Terdapat juga beberapa keburukan dalam perubatan tradisional yang patut diberi perhatian kerana terdapat banyak kematian akibat penyalahgunaan atau penggunaan yang silap terhadap tumbuhan akibat kurangnya pengetahuan tentang kandungan bahan aktif dalam tumbuhan berkenaan. Kesangsian utama dalam penggunaan ubatan tradisional adalah disebabkan tidak ada bukti saintifik. Kebanyakkan dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan tertentu adalah dari pengamal perubatan tradisional dan belum di kaji secara mendalam dan sistematik . Begitu juga rawatan yang disyorkan adalah tidak jelas . Sebagai contoh seorang pesakit mengadu sakit perut , maka ia akan diberikan ubat sakit perut tanpa mengambil kira ganguan dalam perut mungkin disebabkan oleh gejala lain seperti ulser atau barah. Dalam hal ini yang dirawat adalah simptom penyakit dan bukannya penyakit itu sendiri dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai kerumitan lain.
Disamping perkara di atas , maklumat mengenai dos yang patut diambil adalah juga tidak jelas dan dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan ketoksikan kepada penggunanya. Begitu juga juga dengan alat-alat yang digunakan semasa penyediaan ramuan ubat mungkin tidak disterilkan dan ada kemungkinan bakteria atau virus pada perlalatan tersebut mungkin memnimbulkan gejala yang lain.
TUMBUHAN BERUBAT
Dalam bahagian ini beberapa jenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional akan dijelaskan . Beberapa kegunaan tiap-tiap tumbuhan tersebut dalam perubatan tradisional akan diterangkan. Tumbuh-tumbuhan ini mudah ditemui dan senang digunakan.
Aloe vera
Famili                    : Liliaceae
Nama Tempatan   : Lidah buaya
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Daun tumbuhan ini digunakan secara meluas hampir dalam semua rawatan . Jus daunnya boleh diminum bagi merawat sakit perut dan juga sebagai julap yang amat berkesan. Meminum jus lidah buaya juga amat sesuai dan berkesan bagi menghapuskan cacing pita, batuk, demam kuning, pedih pada hati dan juga sebagai tonik. Daun tumbuhan ini yang bersifat penyejuk sangat sesuai digunakan bagi merawat kulit yang melecur akibat terkena api atau benda panas, luka-luka, sakit kulit seperti kusta dan lain-lain. Disamping itu daun lidah buaya boleh digunakan bagi mengurangkan keguguran rambut dan menghapuskan kelimumur.

Annona squamosa
Famili                    : Annonaceae
Nama Tempatan   : Nona/Srikaya
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnnya boleh ditumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah sakit kulit terutamanya bisul. Kulit buah tumbuhan ini boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit . Manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang. Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi msalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut. Bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
Citrus aurantifolia
Famili                    : Rutaceae
Nama Tempatan   : Limau nipis
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Jus limau nipis boleh dicampur dalam air the dengan sedikit madu lebah bagi mengatasi sakit tekak dan batuk . Bagi sakit kepala dan migrin , daun lidah buaya, bawang putih dan lada hitam ditumbuk bersama dengan jus limau dan ditampal atau dimakan. Buah limau nipis boleh direbus dan diminum bagi merawat demam kuning dan malaria. Daun limau boleh direbus dan dibuat mandi bagi mengatai demam , pening, pitam dan histeria. Jus buah limau boleh juga digunakan sebagai ubat sapu bagi mengatasi sakit kulit seperti gatal-gatal , sengal tulang dan luka. Jus  limau boleh digunakan bagi merawat berak berdarah, sebagai julap dan pelawas kencing. Jus limau boleh dicampur dengan bawang putih, jintan hitam dan cuka makan dan disapu pada tempat gigitan binatang berbisa. Jus limau boleh dicampur bersama gliserol dan air mawar lalu digunakan sebagai losyen bagi menghaluskan kulit.

Manihot esculenta
Famili                    : Euphorbiaceae
Nama Tempatan   : Ubi kayu
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Daun tua digunakan untuk merawat sakit kepala, selsema dn demam, dengan menghancurkan daunnya dan ditampal pada dahi. Pucuk muda digunakan bagi merawat sakit gastrik, sembelit dan terkena gigitan binatang berbisa. Bagi sakit gastrik dan sembelit , pucuk muda direbus bersama bunga betik dan diminum. Kulit batang digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang dengan cara merebus kulit dan diminum air rebusannya Kulit dari ubi ini pula boleh direbus  dan diminum air rebusannya sebagai ubat anticacing. Air rebusannya boleh juga digunakan bagi mencuci bisul dan luka. Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami demam kuning, kulit ubi tersebut direbus bersama daun sambung dan dibuat air mandian. Sagu dari ubu ditumbuk dan ditampal pada kanak-kanak yang mengalami ruam atau sakit gatal-gatal kulit.
Musa paradisiaca
Famili                    : Musaceae
Nama Tempatan   : Pisang
Kegunaan
Daun pisang biasanya digunakan bagi membungkus segala ramuan ubatan bagi merawat buasir, demam malaria dan sakit gigi. Bagi merawat buasir  daun/buah kecubung dibungkus dengan daun pisang, dilayur di atas api dan diletakkan pada bahagian yang sakit.
Cymbopogen nardus
Famili                    : Gramineae
Nama Tempatan   : Serai Wangi
Kegunaan
Akar serai wangi yang direbus dan diminum air rebusannya adalah baik sebagai pelawas kencing, mengurangkan sakit sengugut, sakit tekak dan menurunkan suhu badan.

Ananas comasus
Famili                    : Bromeliacee
Nama Tempatan   : Nanas
Kegunaan
Jus dari nanas muda boleh diminum bagi merawat cacing dalam perut, melegakan paru-paru dan juga sebagai pelawas kencing . Jus nanas boleh juga dicampur dengan sedikit garam lalu diminum bagi tujuan merancang keluarga.Buah yang masak boleh dimakan terus bagi memudahkan proses penghadaman dan merawat sakit perut.
Artocarpus heterophyllus
Famili                    : Moraceae
Nama Tempatan   : Nangka
Kegunaan
Buah nangka yang masak boleh dimakan terus bagi menurunkan suhu badan , sebagai julap dan juga tonik. Biji nangkan boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing , buang angin dan juga julap. Daun nangka boleh dibakar sehingga menjadi abu dan dicampur dengan munyak kelapa lalu disapu bagi merawat bisul dan sebagai ubat luka. Akar nangkan boleh direbus dan diminum bagi merawat demam panas dan cirit birit.
Averrhoa bilimbi
Famili                    : Oxalidaceae
Nama Tempatan   : Belimbing buluh
Kegunaan
Daun tumbuhan ini ditumbuk dan disapu bagi merawat sakit kulit, jerawat, gatal-gatal, bengkak dan sakit sendi. Daunnya boleh direbus dan diminum bagi merawat demam, buasir dan kencing manis. Bagi ibu-ibu lepas bersalin daun belimbing buluh ini boleh direbus bersama daun sisik puyu dan daun ribu-ribu, ditambah dengan sedikit santan lalu diminum sebagai ubat meroyan.
Capsicum frutescens
Famili                    : Solanaceae
Nama Tempatan   : Cili padi
Kegunaan
Daun cili padi boleh ditumbuk dan ditampal bagi mengubati bisul dan sakit kulit . Daunnya boleh dilayur pada api dan ditampal pada tempat yang sakit terutamanya bagi mengatasi masalah sengal-sengal otot. Buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perus dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.
Cocos nucifera
Famili                    : Palmae
Nama Tempatan   : Kelapa
Kegunaan
Air kelapa muda yang direbus bersama daun sena boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan dini dan diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
KESIMPULAN
Berdasarkan pelbagai kegunaan tumbuhan-tumbuhan ubatan pada manusia maka ianya terus digunakan sehingga sekarang sebagai alternatif kepada perubatan moden. Yang pentingnya cara penggunaannya harus dikemaskini dan diberitahu kepada pengguna agar hasil yang betul dan maksima didapati. Oleh itu penggunaan tumbuhan-tumbuhan ubatan ini harus dikekalkan untuk generasi akan datang.
RUJUKAN
Amran Kasimin dan Haron Din (1997) , Doa dan Rawatan Penyakit 1. Percatakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Fasihuddin Ahmad dan Hasmah Raji (1993) , Kimia Hasilan Semulajadi dan Tumbuhan Ubatan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Isma,il al Faruqi dan Lois Lamya' al-Faruqi (1992), Atlas Budaya Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Shaharir Mohamad Zain (1994) , Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Zarina Musa (1998) , Ensiklopedia Makanan Penawar Untuk Kesihatan Tubuh. Thinker,s Library Sdn. Bhd. Kuala Lumpur



FUNGSI VITAMIN E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
~Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
~Penuaan kulit sebelum masa.
~Rambut gugur
~Anemia.